PENANAMAN POKOK GETAH DAN PENGHASILAN LATEX


Selepas menyediakan lubang tanaman dan dibiarkan selama lebih kurang 2 @ 3 minggu,barulah aktiviti menanaman anak getah boleh dilakukan.Teknologi terkini mengutamakan kepada penggunaan benih polibag samada daripada tunggul cantuman berpolibag,cantuman muda berpolibag atau tunggu teras yang lebih tua daripada tapak semaian sebagai bahan tanaman kaedah penanaman 1bahan tanaman cantuman berpolibag biasanya ditanam sehingga bekas cantumannya terbenam.Ianyaboleh ditanam lebih dalam sehingga sedalam satu pusaran daun ,yang mana bagi benih biasa anggarkan sehingga 15sm ukuran batang yang dicantum.Kaedah ini dikenali sebagai penanaman dalam.Apabila polibag ditempatkan menegak dalam lubang tanaman untuk menentukan dalamnya yang sebenar.Sekirannya tidak cukup dalam,lubangnya perlu dikorek lagi dan sekiranya ia terlalu dalam,lubangnya boleh dinaikkan dengan mengisi tanah ke paras yang dikehendaki.Bahagian bawah polibag dipotong untuk mendedahkan tanahnya.Polibag didirikan di tengah-tengah lubang.Satu potongan menegak dibuat disisi polibag dan lubangnya dikampus separuh dengan tanah lapisan atas.Polibag yang dipotong dicabut dengan cermat dan lubangnya dikambu sepenuhnya dengan tanah yang telah dicamour dengan 113g baja debu fosfat.Untuk menjaga akarnya supaya tidak rosak hanya tanah disekeliling lubang dipadatkan ini diikuti dengan meletakkan sungkupan dikeliling pangkal pokok(ghenry nicholas ridley cmg(1911),ma(oxson),frs,fls,frsh(10 disember 1855-24 oktober 1956)adalah seorang ahli botani inggeris dan ahli geoglogi.Di lahirkan di west harling hall,norfolk,england.Readly adalah merupakan pengarah utama saintifik singapura botanik garden 1888-1911.Beliau memberi penumpuan terhadap lestri getah yang didapti amat sesuai ditanam di malaysia.Pokok getah(Hevea brasiliansis)ialah pokok dalam famili euphorbiaceae dan ahli terpenting dalam genus hevea.Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti latek boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli.Readly menghasilkan bertahun-tahun mempromosi getah sebagai produk komersial, dan pada tahun 1865,menemui satu cara penorehan yang tidak serius merosakkan pokok-pokok getah
 
 
CARA PENGHASILAN LATEX YANG BERKUALITI 
 
Menoreh getah (Hevea brasiliensis) mmerupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk mengeluarkan susu getah daripada betang pokok getah.Terdapat berbagai kaedah dab cara untuk menghasilkan susu getah (rubber latex)seperti teknik torehan ,injection dan sebagainya.Pokok getah yang berumur 5-7 tahun dengan ukurlilit batang melebihi 30cm sesuai untuk dibuka sistem torehan.
A) Pembukaan panel torehan
 
Didapati rata-rata klon LTC dapat ditoreh dalam jangka masa 5 tahun selepas anak polibag ditanam keladang.Pengurusan yang baik serta jenis tanah memainkanperanan penting dalam menentukan saiz batang pokok getah .Pastikan pokok getah mempunyai purata saiz batang yang seragam .Pokok cantum boleh dibuka tapak torehan nya bila lilitan batangnya berukuran 45 sm disukat pada ketinggian 150 sm dari paras tanah.
B) Persediaan keperluan menoreh
 
Kemahiran untuk menajamkan pisau toreh (mengasah pisau)sangat penting dan kritikal kerana hanya pisau yang tajam sahaja akan dapat menghasilkan susu yang banyak.

C) Banci torehan
 
Tiap-tiap pokok hendaklah diukur lilitan batangnya setinggi 150 sm dari paras tanah .Pokok yang berukuran 45 sm atau lebih hendaklah ditanda 3 titik(tanda titik hendaklah dibuat pada batang pokok setinggi yang diukur dengan cat hitam berbentuk bulat 1 cm garis pusat beratur tegak)Pokok yang kurang dari 45 sm ditanda dengan 2 titik.Kerja-kerja banci diulang tiap-tiap 3 bulan sehingga pokok yang bertanda 1 dan 2 titik bertambah lilitan menjadi 3 titik.Kerja-kerja membuka tapaktorehan boleh dimulakan apabila 75% daripada pokok sudah mencapai ke 3 titik.
D) Membuka daun torehan
 
Kerja0kerja membuka"Daun Torehan"hendaklah dibuat separuh lilitan pokok.Lilitan tali halus keliling pokok pada paras 150 sm.Kemudian lipat dua tali tersebut dan lintangkan mengikut tanda pada batang pokok yang dibuat tadi.Seterusnya Buat alur bimbingan menandakan separuh lilitan disebelah hadapan dan belakang .Disebelah depan alur bimbingan pasang pancuran 25 sm dibawah curaman torehan.Dialur bimbingan belakang potong kulit dengan pisau nipis sampai kekayu hingga keparas cantuman bagi mengelak kering kulit.Pasangkan dawai penyakut mangkok ditempatnya.Pada peringkat awal menoreh lazimnya susu getah yang dihasilkan agak sedikit dan kuantiti akan bertambah setiap hari berikutnya bergantung kepada klon pokok,teknik torehan dan waktu menoreh.Jika kita menoreh pada awal subuh dan cuaca hari tersebut mendung lazimnya jumlah hasil susu getah akan meningkat.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Comments

  1. Play Now at the best online casino - Kadang Pintar
    Play Now at the best online casino. Play Now at the best online casino. Play Now 온카지노 at the best online casino. Play Now at deccasino the best online casino. 메리트 카지노 고객센터

    ReplyDelete
  2. LuckyClub Live Casino: Live Blackjack - Live Casinos
    Luckyclub offers a full range of casino games from slots, roulette, blackjack and live dealer games, such as Blackjack, Roulette and luckyclub.live Craps.

    ReplyDelete

Post a Comment